Program Advokasi KafeTEEN@NADI 2024

22 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2024, beberapa orang remaja yang merupakan ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Program Advokasi KafeTEEN@NADI iaitu kerjasama dengan Pusat Remaja KafeTEEN Sri Aman di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa remaja melalui bimbingan dan didikan, membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan yakin serta menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja.

Program ini dimulai dengan sesi taklimat mengenai program kepada para peserta yang hadir. Cik Dayang Ummi Nurkhairunnisa yang merupakan salah seorang Teen Educator telah menerangkan mengenai perkembangan awal remaja dan cabarannya.

Sesi diteruskan lagi dengan penerangan yang disampaikan oleh En. Andressen Wan Schmit mengenai perbezaan antara jantina dan gender, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi identiti dan peranan gender dan kepentingan memahami gender diri sendiri serta orang lain. Sesi ini diakhiri dengan kuiz berkaitan tajuk-tajuk yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali